//Program Selepas PMR -3Berlian-

Pengenalan


Assalamualaikum and greetings to all visitors :) Thank you for visit our blog . Blog ini diwujudkan sempena program selepas PMR yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling . UBK SMKIS telah menyediakan beberapa program yang menarik seperti pertandingan Blog Terbaik sempena 1Kelas 1Industri . Di sini kami akan menunjukkan hasil kerja kami sepanjang program tersebut dijalankan . Kami berharap kami akan menang . Insya'Allah :)



Menu Makanan


Kami telah menghidangkan beberapa hasil makanan yang telah kami buat . Antaranya ialah :
1) Pembuka selera iaitu Kuih Onde Onde
2) Hidangan lengkap iaitu Ketupat bersama Kuah Lodeh dan Sambal Tumis Ikan Bilis
3) Pencuci Mulut iaitu Kek Batik dan Jus Oren
Itu sahaja yang sempat kami hidangkan sepanjang aktiviti ini dijalankan . Yang pasti makanan yang kami hidangkan itu enak tidak terkata . Apabila merasanya bagaikan hendak tambah lagi :) ada juga yang menjilat hingga ke jari sebaik sahaja merasa makanan yang telah kami buat .
Sing-A-Song ~


Untuk menghilangkan bosan , Blog kami telah menyediakan perkhidmatan lagu untuk semua pengunjung :) hope you all enjoy


Credits


Template by : Auni
Basecodes by : Shahriman
Edited by : Shahriman and Auni
Others: Ummey and Liyana

?-----------------------------------------? Copyright© by 3 BERLIAN 2012
?-----------------------------------------?
Video Sepanjang Kami Memasak



Assalamualaikum . Entry kali ini kami ingin menayangkan video kami ketika memasak bersama rakan sekelas iaitu 3 Berlian . Inilah video yang dapat kami hasilkan . Kami meminta maaf sekiranya video kami ini berkualiti rendah . Dalam video kami ini hanya ada cara-cara untuk membuat Onde-Onde . Pada siapa yang ingin belajar membuat Onde-Onde , boleh lah menonton video kami . Sila klik link ini untuk menonton dengan lebih mudah :) http://www.youtube.com/watch?v=VxauSTJgWgY . Kami berharap anda semua enjoy dengan apa yang kami persembahkan .

Penyampaian sumbangan kepada guru-guru


Selepas jamuan, 3 Berlian crew telah memberi sedikit sumbangan kepada guru guru SMK ISKANDAR SHAH .

Pn Nooradilla 

Pn Jamilah

Pn  Badariah

Pn Kalthom

En Ramli

En . Wan Khairul Azwan


Semoga sumbangan yang kami berikan dapat  berkongsi bersama.

Jamuan makan

Setelah selesai memasak, kami telah menghidangkan masakan yang telah kami masak di atas meja makan dan dihias. 

Kuih onde-onde

Kuah lodeh, ketupat dan sambal tumis ikan bilis



Kemudian, pelajar 3 Berlian Crew telah menjemput beberapa orang guru untuk menyertai jamuan kecil-kecilan kami.

Pn Rohana, Pn Suriyani dan Pn. Rosni sedang menjamu selera


Ustaz Zul turut hadir dalam jamuan kami.

Setelah penat memasak, kami pula merasa hidangan yang telah terhidang.






Setelah selesai menjamu selera. Kami telah bergambar beramai-ramai.

-3 BERLIAN CREW-

Kuih Onde-onde

       Kami, 3 Berlian Crew telah membuat suatu kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka. Kuih ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum) Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. 

      Pn. Suriyani juga telah mengajar kami cara membuat kuih onde-onde ini. Sesi membuat pun bermula:


Faeezah dan Adilah sedang gentel menjadi bulat.

Fazrol dan Naqib juga turut membantu dalam membuat kuih ini.

Fazrol sedang tekun meletakkan gula melaka dan gentel sehingga bulat


Aizat dan Azraie juga turut membantu


Meletakkan gula melaka dan gentel sehingga bulat sukar untuk dilakukan sebenarnya. Tapi, kami tetap buat dengan bersungguh dan menjadi cantik.


Udin sedang meneliti cara mengentel dengan betul

Kemudian, kuih ini sudah sedia untuk dimasak. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih.

Faeezah telah memasukkan kuih ke dalam periuk dan kemudian mengangkat kuih tersebut apabila kuih-kuih itu timbul. Sejatkan dan biarkan seketika. Gaulkan kuih dengan kelapa parut. 

 Akhirnya, siap juga kuih onde-onde dan sudah boleh dimakan.


Kek Batik

Antara bahan untuk membuat kek batik ialah:

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara memasak:

Mahfuzah dan Diana sedang mematah-matahkan biskut 


Campurkan koko,milo,air,gula di dalam periuk dengan api yang sederhana. 


Kacaukan sehingga semua dah larut. Kemudian, masukkan butter,kacau sampai butter cair. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat) padamkan api.


Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi coklat.
Masukkan dalam loyang. Tekan sehingga padat.



Selepas itu, kami telah memasukkannya ke dalam peti sejuk dalam masa 2 jam. Kemudian potong dan dihidangkan.


Kuah Lodeh

Antara bahan-bahan untuk membuat kuah lodeh:







Selepas bahan-bahan telah disediakan, Pn. Suriyani menerangkan cara-cara membuat lodeh dan telah membahagikan tugas kepada pelajar.



Pembahagian tugas kepada pelajar:

Azraie dan Fasihah memotong lobak merah

Liyana memotong kacang panjang

Pn. Suriyani sedang mengajar cara memotong dengan betul


Sesi memasak pun bermula:





Setelah selesai memasak, kami telah menhidangkan kuah lodeh ini di atas meja makan dan kami telah menghiaskannya dengan ketupat dan sambal tumis masak ikan bilis. 


Makanan

Kami 3 Berlian Crew telah mengandakan aktiviti memasak pada hari selasa yang lalu.
Kami telah berkerjasama dalam menyiapkan aktiviti untuk program 1 KELAS 1 INDUSTRI (1K1I)
Pada 23 Oktober 2012 kami telah berjaya menghasilkan projek kami .


Antara makanan yang kami sediakan :


KEK BATIK



ONDE ONDE



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS




KUAH LODEH 


Kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan :


Kumpulan 1 ( LODEH )

Pekerja :
Fasihah
Maman 
Erin
Syuniza
Liyana

Kumpulan 2 (KEK BATIK)

Pekerja :
Saleha 
Mahfuzah 
Naqib
Diana


Kumpulan 3 (ONDE ONDE)

 Pekerja : 
Faeezah
Atiqa  
Adilah
Azraie 
Aizat
Udin
Anuar 

Kumpulan 4 ( SAMBAL TUMIS IKAN BILIS)

Pekerja :
Auni
Ummi
Amin
Ayu


Kami semua amat berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan dalam aktiviti 1 KELAS 1 INDUSTRI .