//Program Selepas PMR -3Berlian-

Pengenalan


Assalamualaikum and greetings to all visitors :) Thank you for visit our blog . Blog ini diwujudkan sempena program selepas PMR yang telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling . UBK SMKIS telah menyediakan beberapa program yang menarik seperti pertandingan Blog Terbaik sempena 1Kelas 1Industri . Di sini kami akan menunjukkan hasil kerja kami sepanjang program tersebut dijalankan . Kami berharap kami akan menang . Insya'Allah :)



Menu Makanan


Kami telah menghidangkan beberapa hasil makanan yang telah kami buat . Antaranya ialah :
1) Pembuka selera iaitu Kuih Onde Onde
2) Hidangan lengkap iaitu Ketupat bersama Kuah Lodeh dan Sambal Tumis Ikan Bilis
3) Pencuci Mulut iaitu Kek Batik dan Jus Oren
Itu sahaja yang sempat kami hidangkan sepanjang aktiviti ini dijalankan . Yang pasti makanan yang kami hidangkan itu enak tidak terkata . Apabila merasanya bagaikan hendak tambah lagi :) ada juga yang menjilat hingga ke jari sebaik sahaja merasa makanan yang telah kami buat .
Sing-A-Song ~


Untuk menghilangkan bosan , Blog kami telah menyediakan perkhidmatan lagu untuk semua pengunjung :) hope you all enjoy


Credits


Template by : Auni
Basecodes by : Shahriman
Edited by : Shahriman and Auni
Others: Ummey and Liyana

?-----------------------------------------? Copyright© by 3 BERLIAN 2012
?-----------------------------------------?
Kek Batik

Antara bahan untuk membuat kek batik ialah:

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara memasak:

Mahfuzah dan Diana sedang mematah-matahkan biskut 


Campurkan koko,milo,air,gula di dalam periuk dengan api yang sederhana. 


Kacaukan sehingga semua dah larut. Kemudian, masukkan butter,kacau sampai butter cair. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat) padamkan api.


Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi coklat.
Masukkan dalam loyang. Tekan sehingga padat.



Selepas itu, kami telah memasukkannya ke dalam peti sejuk dalam masa 2 jam. Kemudian potong dan dihidangkan.